Saturday, April 4, 2009

refleksi subjek multimidia dlm PI

Refleksi 1:

Apakah transformasi yang perlu dilalui oleh seorang guru supaya dapat mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad 21 (Sila baca sendiri apa yang dimaksudkan dengan kemahiran abad 21)?

Menurut bekas perdana menteri Malaysia Tun Dr mahathir bin mohamad ,ciri-ciri generasi yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru akan datang iaitu:kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi),kekuatan minda (krestif dan proaktif),nilai-nilai luhur dan murni (termasuk penyayang),semangat jati diri, jaya diri dan keusahawanan, dan ketrampilan.

Bagi mencapai hasrat tersebut para guru hendaklah melakukan transformasi.antaranya guru hendaklah menguasai subjek (kandungan kurikulum) guru bukan sahaja menguasai bahan yang terdapat didalam bukan teks sahaja tetapi menguasai segala ilmu yang berkaitan dengan tajuk tersebut.guru dapat memberikan pelbagai infomasi dan maklutam kepada pelajar.seterusnya mengalakkan pelajar untuk menterokai tajuk tersebut.

Guru hendaklah mahir dan bertrampilan dalam pedagogi(pengajaran & pembelajaran).guru perlu mempelbagaikan pengunaan kaedah pengajaran contohnya kaedah perbincangan,permainan ,sumbansaran,lakonan dan projek.pengunaan pelbagai kaedah pengajan ini akan menghasilkan pelajar yang berfikir kreatif dan kritis.pada zaman sekarang pengunaan ICT didalam proses p&p adalah paling relevan.pengunaan ICT dapat menghasikan pengajaran yang menarik dan melahirkan pelajar yang mempunyai kekuatan minda kerana pelajar bukan sahaja memperolehi maklumat daripada guru tetapi mereka boleh memperolehi daripada internik dengan mudah.pelajar mengetahui banyak maklumat tentang tajuk yang di pelajari.

Guru juga perlu memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology), antaranya teori perkembangan remaja,kanak-kanak.teori bandura dan max waber.penguasaan psikologi pelajar memudahkan guru untuk membentuk tingkah laku pelajar yang banyak terpegaruh dengan budaya negatif barat.kegagalan guru untuk menguasai teori tersebut akan menyebabkan guru mengambil tandakan yang salah dalam mendidik pelajar.

Transformasi yang terpenting ialah guru mestilah menguasai ilmu bekaitan dengan pengunaan teknologi terkini,hal ini kerana perkembangan teknologi adalah sangat pantas.segala maklumat dan kerja boleh diperolehi dengan pantas dan mudah.guru hendaklah mengunakan teknologi di dalam pengajaran mereka.contoh mengunakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian.guru juga menyimpan data pelajar dengan sistematik.

Didalam mencapai kemahiran abad 21 ,perkara yang sangat penting di tekankan oleh guru adalah pembentukan nilai moral dan sakhsiah.untuk mengatasi cabaran globalisasi ,generasi hari ini hendaklah di persiapkan ilmu pengetahuan agama yang cukup untuk menapis segala maklumat yang diperolehi.kegalan didalam pembentukan nilai moral ini akan rosaklah segala harapan dan hasrat Negara.

Kesimpulan,untuk menghasilkan generasi yang mempunyai kemahiran alaf 21 guru adalah agen perubahan utama.guru adalah memainkan peranan didalam membentuk dan mengasah generasi muda dengan ilmu pengetahuan dan nilai akhlak yang mulia. Tiada guna kita dapat melahirkan generasi yang tinggi tahap pemikiranya tetapi tidak mempunyai nilai moral kerana dia akan mengunakan kepakaranya untuk jalan yang salah seperti merompak.

Refleksi 2:

Ramai yang mengatakan guru-guru tidak menggunakan ICT di sekolah kerana mereka belum bersedia. Sekiranya anda ditempatkan di sekolah Bestari, apakah langkah-langkah yang akan anda lakukan untuk membantu guru-guru lain supaya bersedia untuk membudayakan ICT dan memanfaatkan perkakasan ICT yang ada di sekolah?

Langkah – langkah yang saya akan lakukan untuk membantu guru lain memafaatkan kemudahan ICT iaitu:

1. Saya sendiri akan mengunakan kemudahan ICT secara maksimum didalam proses penganjan dan pembelajaran.contohnya mengunakan power point didalamnya terdapat gambar dan video. Kedua-dua bahan tersebut dapat memudahkan pelajar memahami dan menarik minat pelajar untuk belajar .pelajar merasakan belajar adalah sesuatu yang menyeronokkan seterusnya dapat mengatasi masaalah ponteng kelas.hasil dari perubahan itu guru-guru lain akan mengikuti cara saya iaitu mengunakan ICT didalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Mengadakan bengkal kaedah pengunaan ICT di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.didalam bengkal tersebut guru-guru didedahkan dengan cara asas pengunaan bahan-bahan ICT dan strategi yang boleh di mafaatkan didalam proses pengajaran dan pembelajaran.kebanyakkan guru mahir didalam pengunaan ICT tetapi tidak mengetahui cara untuk di mafaatkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.namun begitu terdapat segelintir guru yang agak lemah didalam pengunaan ICT .didalam bengkal itu juga didedahkah hasil kajian yang menunjukan kelebihan yang diperolehi daripada pengunaan ICT dalam prosess pengajaran dan pembelajaran.

3. Mewujudkan perkongsian pintar antara guru-guru di sekolah yang sama dan guru sekolah lain.rankaian ini boleh di wujudkan melalui blog atau laman web, guru-guru boleh berkongsi maklumat terbaru tentang pengunaan ict.hasil perkongsian tersebut akan meningkatkan kemahiran ICT dikalangan guru-guru ,seterusnya menarik minat mereka untuk mengunakan ICT didalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Refleksi 3:

Apakah ciri-ciri dan kemahiran yang ada pada anda membolehkan anda mengawal proses pembelajaran anda secara atas talian?

Kemahiran yang terdapat kepada saya ialah membina blog.terdapat banyak faedah yang diperolehi daripada blog,guru boleh menyediakan nota,bahan bacaan tambahan,solan-soalan latihan dan penilaian,group blog pelajar dan link-link laman web yang tertentu.

Apakah bahan atau sumber yang perlu disediakan oleh tutor/pensyarah supaya anda boleh mengawal proses pembelajaran anda atas talian?

Pada pendapat saya pensyarah telah menyediakan pengetahuan yang cukup untuk mengawal proses pengajaran dalam talian di sekolah nanti,kami telah belajar membina blog,mengupdit blog,meletakkan laman catting menyediakan link-link dan group blog.

Pada pendapat saya bagi memperhebatkan pengetahuan saya ,pensyarah perlu mengajar kami menghasilkan laman web secara terperinci kerana web adalah salah satu medan yang terbaik boleh digunakan sebagai wadah didalam peroses pengajaran didalam talian.

Apakah perkara-perkara yang perlu dibuat oleh seorang guru untuk membantu murid meningkatkan kawalan proses pembelajarannya secara atas talian?

Guru hendaklah menyediakan nota-nota ,bahan bacaan tambahan dan soalan- soalan penilaian.penyediaan nota lebih awal daripada proses pengajaran membolehkan pelajar membuat persedian seterusnya memudahkanya memahami pelajar.bahan bacaan tambahan membolehkan pelajar mendalami sesuatu topik yang diajar.soalan-soalan yang disediakan membolehkan pelajar menilai penguasaan mereka terhadap sesuatu topik secara atas talian.guru dapat menilai pelajar dengan cepat dan tepat.guru boleh menyedikan laman catting yang mana pelajar boleh terus menyoal guru jika tidak memahami sesuatu topik.pelajar lain juga boleh memberi pendapat terhadap persoalan tersebut, seterusnya melahirkan rangkaian pintar dikalangan pelajar.

Refleksi 4:

Apakah pendapat/persepsi anda apabila diberitahu bahawa anda dikehendaki untuk menyiapkan satu koswer yang menggabungkan semua elemen-elemen multimedia?

persepsi saya apabila diberitahu perlu menghasilkan satu bentuk koswer yang boleh membantu proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan islam ialah menakutkan dan menyeronokan.

Saya rasa menakutkan kerana saya belum pernah menghasilkan koswer dan belum mahir didalam pengunaan ICTsaya juga merasa takut jika tidak mampu menghasilkan satu koswer yang di minta oleh ustaz.

Persepsi yang kedua adalah menyeronokkan kerana saya merasakan akan memperolehi ilmu dan pengalaman yang yang menafaat didalam penghasilan koswer tersebut.selain itu saya akan berkongsi maklumat tentang pengunaan ICT dengan kawan-kawan kerana projek ini dijalankan secara berkumpulan.akhirnya kami dapat menyiapkan sabuah koswer terbukti jangkaan saya,saya memperolehi banyak manafaat daripada menghasilkan koswer tersebut.antara pengalaman yang menarik daripada projek ini ialah kami terpaksa tidur pada jam 3 pagi untuk menyiapkan projek ini.

Pada pendapat anda adakah projek ini akan dapat membantu anda ketika anda menjalani praktikum nanti?

Projek ini amat membantu saya didalam menjalani pratikum di sekolah,saya didedahkan cara pengunaan ICT yang betul didalam prosses pengajaran dan pembelajaran.contohnya power poin, saya boleh memuatkan gambar-gambar,video,audio dan haiperling dan pelbagai efak .pengunaan semua bahan ini secara kreatif akan meningkatan pemahaman dan pengalaman kepada pelajar.seterusnya memudahkan pengajaran saya dan menambah minat pelajar untuk belajar pendidikan islam. Selain itu saya diajar untuk mengunakan move maker,perisian ini boleh di gunakan untuk set induksi kerana boleh menarik perhatian pelajar.

Untuk makluman anda ketika pembentangan projek nanti, rakan-rakan anda yang lain dikehendaki untuk membuat penilaian terhadap anda berasaskan bintang (memberikan jumlah bintang yang bersesuaian dengan produk yang dihasilkan dan pembentangan yang dilakukan)

Soalannya, sekiranya anda fasilitator/tutor kelas ini, adakah anda akan menukar kaedah penilaian tugasan ini?


TIDAK , saya merasakan kaedah ini adalah lebih pratikel kerana pelajar sendiri yang merasai proses pengajan dan pembelajaran ,merekalah lebih mengetahui dan lebih layak untuk menilai berkesan atau tidak koswer tersebut.selain itu,mereka juga telah belajar pelbagai teori mengenai koswer ,seharusnya mereka patut menilai berdasarkan teori-teori yang mereka telah pelajari,namun begitu pensyarah juga perlu menilai kerana beliau adalah lebih berautoriti dan lebih mengetahui.

Refleksi 5:

Pada pendapat saya sukatan didalam kursus ini adalah amat bagus tetapi boleh di tambahkan lagi seperti panduan untuk format komputer dan pengetahuan asas penguanaan komputer. Hal ini kerana saya belum pandai untuk format komputer dan memasukkan perisian

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada ustaz kerana banyak memberi ilmu yang amat berguna kepada saya.sepanjang saya mengikuti kursus ini saya banyak memperolehi informasi tentang pengunaan ICT, saya akan memperaktik apabila saya kesekolah nanti. Wasa’lam................