Tuesday, April 20, 2010



guru ibarat lilin, yang membakari diri ,untuk meneragi alam...
itu lah kata hikmat yang mengambarkan seorang guru,penat lelah melayan karenah anak -anak mured adalah rutin biasa bagi seorang guru.... itulah kesempulan yang boleh saya buat kan sepanjag pengalaman 4 bulan mengajar di sekolah... GURU OH GURU ... ITULAH TUGAS MU.
ke ikhlasan mu mendidik anak bangsa agar menjadi insan yang berguna untuk memakmurkan bumi ini....
lagu untuk guru....
GURU ,GURU,ENGKAULAH RATU HATI KU....
hiburlah diri mu sendiri hahahhah
inilah ayat - ayat motevasi untuk guru baru..

Wednesday, February 17, 2010

Thursday, January 14, 2010

pengalaman seorang guru baru

asalamualaikom ,sudah lama rasanya saya tak menulis di blog ini... kemungkinan agak sebuk ataupun tidak ada kesempatan untuk mewarkah..... alhamdulillah hari ini saya dapat lagi untuk mengukirkan satau pengalam baru..... hari ini saya sudah bergelar seorang guru telatih.... memang agak tertekan menjadi seorang guru.... huh huh huh.... tapi saya akan melaksana amanah yang diberikan dengan sebaiknya... insya' Allah....
saya melapor diri di SK BUKIT RAMBAI pada 31.12.2009(khamis)............ saya pergi kesekolah pada hari isnin (4.1.2010) wah ini lah minngu pertama aku disekolah... guru 2,pekerja 2 dan pelajar semua nya baik 2 belaka .... kehadiran ku disambut dengan penuh mesraaaaaa.... bersyukur sangat aku...mingu ini aku belom mendapat jadual ... so aku hanya masuk kelas untuk mengantikan guru 2 yang tidak hadir sahaja.. selalunya melakukan aktiviti soal kenal sahaja dengan pelajar 2...
minggu ini adalah menggu kedua aku... wah minggu ini aku telah diberikan jadual ... aku telah mulakan p&p ... boleh lah tahan pelajar 2... aktif 2 belaka... aku pelu mengenal pelajar untuk mengawal kelas.... penig aku melihat keaktifan pelajar2 aku.... so aku kena lebih banyak belajar daripada guru yang pengalaman .......... anilah pengalan aku sebagai seorang guru baru...

Sunday, November 1, 2009

nikmatnyer hidup rehat 2 di kampung..


asalamualaikom.... wah hampir 4 bulan aku rehat 2 kat umah sendiri (pengangur terhormat katakan) selepas pratikum di SAM TAJUNG KARANG, aku terus balik ke kampung tampa melakukan apa 2 pekerjaaan..... wah 2 happy yer..... makan ,tidor,makan ,tidor itu lah keja ku... hehehe....namun bukalah aku tak buat keja langsung... aku adalah tolong kedua ibu bapaku disawah..... lani musim menanam padi. ketika aku melakukan kerja sawah barulah aku tahu erti "sebutir nasi ibarat setitik peluh petani". membajak ,menam padi tampa mengenal erti penat ... mereka terus bekerja untuk mencari rezki kepada keluarga... ALHAMDULILLAH aku berasal dari keluarga petani... berkat daripada rezki yang halal daripada kedua ibu bapa ku... kami semua bejaya... kami 4 daripada 6 adik beradik menjejaki kaki ke menara gading .. syukur alhamdulillah...

wah aku rasa bila lagi aku akan merasakan hidup bebas tampa dibebankan dengan tanggungjawab... lepas ini insya' ALLAH aku di postingkan.... bila lagi boleh sebebas hari ini... AKU TAK AKAN SIA2 KAN WAKTU NI.. ENJOY.. waktu ni kita belajar uruskan kemas2rumah ,masak,bergaul dengan orang kampung dan banyak lagi lah..........boleh lah hidup jadi org kg sat..

"marilah kita belajar bersyukur dengan kurnian yang maha Esa"kegembiraan hari ini tidak akan kembali pada hari esok.... so hargailah .... kawan 2 selamat beristirehat... bulan 1 ni sama2 kita pikul tanggungjawab sebagai GURU.

NIKMATNYER..................OOOOOOOOOOOO

Tuesday, September 29, 2009

sekali lagi ingatan untk kita semua

SELAMAT HARI RAYA.........ketika kita semua bergembira menyambut kehadiran syawal ini... jgn kita lupa saudara 2 kita di palastin...LAKULAH SEKADAR KEMAMPUAN KITA UNTUK MEMBANTU MEREKA.... tindakan yg agak mudah kita lakukan boikot..... moga usaha kecil kita sama2 lakukakan ini dapat membeantu mereka..... GUNALAH BARANG BUATAN MUSLIM

Sunday, August 30, 2009

kaedah perlaksanaan hukuman sebat di dalam islam

hukuman sebat merupakan salah satu jenis hukuman yang utama didalam undang-undang jenayah islam.secara amumnya ,ianya adalah hukuman mandatory bagi tiga kesalahan hudud .pesalah zina,menuduh zina,meminum arak.
Alat yang digunakan untuk menyebat pesalah ialah cemeti.walaupun sedikit kelongaran diberi bagi kesalahan meminum arak iaitu seperti hujung-hujung kain,sepatu dan pelepah tamar,adalah dicadangkan agar cemerti juga digunakan demi untuk menyeragamkan kaedah perlaksaan sebat .sifat cemerti yang hendak di gunakan hendaklah tidak terlalu baru atau lama,berada di dalam keadaan yang baik,tidak terbelah ,koyak atau mempunyai lebihan-lebihan yang belum dibuang dan dilincinkan.
Sebatan yang dilakukan juga hendaklah sederhana ,tidak terlalu kuat atau perlahan .untuk memastikan bahawa sifat sebatan yang dinyatakan di sini dapat dicapai,beberapa syarat telah digariskan oleh para ulama,iaitu:
Pertama,hendaklah dipastikan agar tukang sebat tidak megangkat tanganya terlalu tinggi hingga melepasi kepala dan menampakkan ketiaknya kerana ini akan menyebabkan sebatan yang dilakukan adalah terlalu kuat,atau sebaiknya terlalu dirapatkan lengannya lalu disebat dari bawah keatas yang menyebabkan sebatan yang dilakukan terlalu lemah ,perkara ini telah dinyatakan oleh ulama hanafi,shafie dan hambali.
Kedua,hendaklah dipastikan apabila cemeti mengenai badan pesalah,ianya tidak ditarik dengan cara yang boleh menyebabkan hujung cemeti tersebut melalui dan melibas badan pesalah sekali lagi.ini kerana perbuatan yang seumpama ini boleh menyebabkan kecederaan.
Ketiga,sebatan hendaklah dilakukan berturut-turut sehingga mendatangkan kesakitan (bukan kecederaan) kepada pesalah.ini adalah untuk memastikan bahawa matlamat utama perlaksanaan hukuman tersebut dijalankan iaitu sebagai pengajaran dan teladan kepada pesalah dan orang lain akan dapat dicapai.perkara ini dinyatakan oleh hanfi,maliki dan shafie.
Bagi tukang sebat itu sendiri ,disyaratkan bahawa ianya hendaklah berpengetahuan tentang cara sebatan dilakukan .bahkan disyariatkan juga oleh sebahagian ulama bahawa tukang sebat ini secara fizikalnya bukanlah seorang yang terlalu kuata atau terlalu lembut dan lemah.
Sebatan hendaklah dibahagi-bahagikan keseluruh anggota badan kecuali muka,kemaluan dan bahagian –bahagian lain yang boleh membawa kecederaan maut.
Ketika hukumann dijalankan ,pesalah lelaki dan wanita hendaklah memakai pakaian tipis yang boleh menutup aurat mereka.bagi pesalah lelaki ,dibenarkan untuk memakai baju.pada asasnya,pesalah lelaki hendaklah berdiri dan pesalah wanita dikehendaki duduk ketika hukuman dijalankan.namun keadaan pesalah juga harus diambil kira.bagi yang tidak mampu berdiri dibenarkan duduk dan begitu seterusnya.
Bagi pesalah yang mengidap penyakit yang tiada harapan untuk sembuh ,perlaksanaan hukuman sebat tidak boleh ditangguhkaan,namun kaedah perlaksanaanya boleh diringankan mengikut keadaan pesalah.bagi yang mengidap penyakit yang ada harapan untuk sembuh ,hukuman sebat ke atasnya hendaklah ditangguhkan sehingga ia sihat.hukuman sebat hendaklah dijalankan di mana-mana tempat yang boleh disaksikan oleh orang ramai kecuali di dalam masjid.
Di dalam islam ,hukuman sebat boleh di jatuhkan keatas pesalah lelaki mahupun wanita.keadaan pesalah diberi perhatian yang utama sebelum hukuman dijalankan.sesunguhnya hukuman sebat bukanlah bertujuan untuk membawa kemudaratan yang melampau kepada pesalah ,sebaliknya ianya bermaksud untuk memberi pengajaran kepada pesalah dan orang lain dari mengulagi dan melakukan kesalahn yang sama.