Sunday, August 30, 2009

kaedah perlaksanaan hukuman sebat di dalam islam

hukuman sebat merupakan salah satu jenis hukuman yang utama didalam undang-undang jenayah islam.secara amumnya ,ianya adalah hukuman mandatory bagi tiga kesalahan hudud .pesalah zina,menuduh zina,meminum arak.
Alat yang digunakan untuk menyebat pesalah ialah cemeti.walaupun sedikit kelongaran diberi bagi kesalahan meminum arak iaitu seperti hujung-hujung kain,sepatu dan pelepah tamar,adalah dicadangkan agar cemerti juga digunakan demi untuk menyeragamkan kaedah perlaksaan sebat .sifat cemerti yang hendak di gunakan hendaklah tidak terlalu baru atau lama,berada di dalam keadaan yang baik,tidak terbelah ,koyak atau mempunyai lebihan-lebihan yang belum dibuang dan dilincinkan.
Sebatan yang dilakukan juga hendaklah sederhana ,tidak terlalu kuat atau perlahan .untuk memastikan bahawa sifat sebatan yang dinyatakan di sini dapat dicapai,beberapa syarat telah digariskan oleh para ulama,iaitu:
Pertama,hendaklah dipastikan agar tukang sebat tidak megangkat tanganya terlalu tinggi hingga melepasi kepala dan menampakkan ketiaknya kerana ini akan menyebabkan sebatan yang dilakukan adalah terlalu kuat,atau sebaiknya terlalu dirapatkan lengannya lalu disebat dari bawah keatas yang menyebabkan sebatan yang dilakukan terlalu lemah ,perkara ini telah dinyatakan oleh ulama hanafi,shafie dan hambali.
Kedua,hendaklah dipastikan apabila cemeti mengenai badan pesalah,ianya tidak ditarik dengan cara yang boleh menyebabkan hujung cemeti tersebut melalui dan melibas badan pesalah sekali lagi.ini kerana perbuatan yang seumpama ini boleh menyebabkan kecederaan.
Ketiga,sebatan hendaklah dilakukan berturut-turut sehingga mendatangkan kesakitan (bukan kecederaan) kepada pesalah.ini adalah untuk memastikan bahawa matlamat utama perlaksanaan hukuman tersebut dijalankan iaitu sebagai pengajaran dan teladan kepada pesalah dan orang lain akan dapat dicapai.perkara ini dinyatakan oleh hanfi,maliki dan shafie.
Bagi tukang sebat itu sendiri ,disyaratkan bahawa ianya hendaklah berpengetahuan tentang cara sebatan dilakukan .bahkan disyariatkan juga oleh sebahagian ulama bahawa tukang sebat ini secara fizikalnya bukanlah seorang yang terlalu kuata atau terlalu lembut dan lemah.
Sebatan hendaklah dibahagi-bahagikan keseluruh anggota badan kecuali muka,kemaluan dan bahagian –bahagian lain yang boleh membawa kecederaan maut.
Ketika hukumann dijalankan ,pesalah lelaki dan wanita hendaklah memakai pakaian tipis yang boleh menutup aurat mereka.bagi pesalah lelaki ,dibenarkan untuk memakai baju.pada asasnya,pesalah lelaki hendaklah berdiri dan pesalah wanita dikehendaki duduk ketika hukuman dijalankan.namun keadaan pesalah juga harus diambil kira.bagi yang tidak mampu berdiri dibenarkan duduk dan begitu seterusnya.
Bagi pesalah yang mengidap penyakit yang tiada harapan untuk sembuh ,perlaksanaan hukuman sebat tidak boleh ditangguhkaan,namun kaedah perlaksanaanya boleh diringankan mengikut keadaan pesalah.bagi yang mengidap penyakit yang ada harapan untuk sembuh ,hukuman sebat ke atasnya hendaklah ditangguhkan sehingga ia sihat.hukuman sebat hendaklah dijalankan di mana-mana tempat yang boleh disaksikan oleh orang ramai kecuali di dalam masjid.
Di dalam islam ,hukuman sebat boleh di jatuhkan keatas pesalah lelaki mahupun wanita.keadaan pesalah diberi perhatian yang utama sebelum hukuman dijalankan.sesunguhnya hukuman sebat bukanlah bertujuan untuk membawa kemudaratan yang melampau kepada pesalah ,sebaliknya ianya bermaksud untuk memberi pengajaran kepada pesalah dan orang lain dari mengulagi dan melakukan kesalahn yang sama.

No comments:

Post a Comment