Sunday, November 1, 2009

nikmatnyer hidup rehat 2 di kampung..


asalamualaikom.... wah hampir 4 bulan aku rehat 2 kat umah sendiri (pengangur terhormat katakan) selepas pratikum di SAM TAJUNG KARANG, aku terus balik ke kampung tampa melakukan apa 2 pekerjaaan..... wah 2 happy yer..... makan ,tidor,makan ,tidor itu lah keja ku... hehehe....namun bukalah aku tak buat keja langsung... aku adalah tolong kedua ibu bapaku disawah..... lani musim menanam padi. ketika aku melakukan kerja sawah barulah aku tahu erti "sebutir nasi ibarat setitik peluh petani". membajak ,menam padi tampa mengenal erti penat ... mereka terus bekerja untuk mencari rezki kepada keluarga... ALHAMDULILLAH aku berasal dari keluarga petani... berkat daripada rezki yang halal daripada kedua ibu bapa ku... kami semua bejaya... kami 4 daripada 6 adik beradik menjejaki kaki ke menara gading .. syukur alhamdulillah...

wah aku rasa bila lagi aku akan merasakan hidup bebas tampa dibebankan dengan tanggungjawab... lepas ini insya' ALLAH aku di postingkan.... bila lagi boleh sebebas hari ini... AKU TAK AKAN SIA2 KAN WAKTU NI.. ENJOY.. waktu ni kita belajar uruskan kemas2rumah ,masak,bergaul dengan orang kampung dan banyak lagi lah..........boleh lah hidup jadi org kg sat..

"marilah kita belajar bersyukur dengan kurnian yang maha Esa"kegembiraan hari ini tidak akan kembali pada hari esok.... so hargailah .... kawan 2 selamat beristirehat... bulan 1 ni sama2 kita pikul tanggungjawab sebagai GURU.

NIKMATNYER..................OOOOOOOOOOOO

Tuesday, September 29, 2009

sekali lagi ingatan untk kita semua

SELAMAT HARI RAYA.........ketika kita semua bergembira menyambut kehadiran syawal ini... jgn kita lupa saudara 2 kita di palastin...LAKULAH SEKADAR KEMAMPUAN KITA UNTUK MEMBANTU MEREKA.... tindakan yg agak mudah kita lakukan boikot..... moga usaha kecil kita sama2 lakukakan ini dapat membeantu mereka..... GUNALAH BARANG BUATAN MUSLIM

Sunday, August 30, 2009

kaedah perlaksanaan hukuman sebat di dalam islam

hukuman sebat merupakan salah satu jenis hukuman yang utama didalam undang-undang jenayah islam.secara amumnya ,ianya adalah hukuman mandatory bagi tiga kesalahan hudud .pesalah zina,menuduh zina,meminum arak.
Alat yang digunakan untuk menyebat pesalah ialah cemeti.walaupun sedikit kelongaran diberi bagi kesalahan meminum arak iaitu seperti hujung-hujung kain,sepatu dan pelepah tamar,adalah dicadangkan agar cemerti juga digunakan demi untuk menyeragamkan kaedah perlaksaan sebat .sifat cemerti yang hendak di gunakan hendaklah tidak terlalu baru atau lama,berada di dalam keadaan yang baik,tidak terbelah ,koyak atau mempunyai lebihan-lebihan yang belum dibuang dan dilincinkan.
Sebatan yang dilakukan juga hendaklah sederhana ,tidak terlalu kuat atau perlahan .untuk memastikan bahawa sifat sebatan yang dinyatakan di sini dapat dicapai,beberapa syarat telah digariskan oleh para ulama,iaitu:
Pertama,hendaklah dipastikan agar tukang sebat tidak megangkat tanganya terlalu tinggi hingga melepasi kepala dan menampakkan ketiaknya kerana ini akan menyebabkan sebatan yang dilakukan adalah terlalu kuat,atau sebaiknya terlalu dirapatkan lengannya lalu disebat dari bawah keatas yang menyebabkan sebatan yang dilakukan terlalu lemah ,perkara ini telah dinyatakan oleh ulama hanafi,shafie dan hambali.
Kedua,hendaklah dipastikan apabila cemeti mengenai badan pesalah,ianya tidak ditarik dengan cara yang boleh menyebabkan hujung cemeti tersebut melalui dan melibas badan pesalah sekali lagi.ini kerana perbuatan yang seumpama ini boleh menyebabkan kecederaan.
Ketiga,sebatan hendaklah dilakukan berturut-turut sehingga mendatangkan kesakitan (bukan kecederaan) kepada pesalah.ini adalah untuk memastikan bahawa matlamat utama perlaksanaan hukuman tersebut dijalankan iaitu sebagai pengajaran dan teladan kepada pesalah dan orang lain akan dapat dicapai.perkara ini dinyatakan oleh hanfi,maliki dan shafie.
Bagi tukang sebat itu sendiri ,disyaratkan bahawa ianya hendaklah berpengetahuan tentang cara sebatan dilakukan .bahkan disyariatkan juga oleh sebahagian ulama bahawa tukang sebat ini secara fizikalnya bukanlah seorang yang terlalu kuata atau terlalu lembut dan lemah.
Sebatan hendaklah dibahagi-bahagikan keseluruh anggota badan kecuali muka,kemaluan dan bahagian –bahagian lain yang boleh membawa kecederaan maut.
Ketika hukumann dijalankan ,pesalah lelaki dan wanita hendaklah memakai pakaian tipis yang boleh menutup aurat mereka.bagi pesalah lelaki ,dibenarkan untuk memakai baju.pada asasnya,pesalah lelaki hendaklah berdiri dan pesalah wanita dikehendaki duduk ketika hukuman dijalankan.namun keadaan pesalah juga harus diambil kira.bagi yang tidak mampu berdiri dibenarkan duduk dan begitu seterusnya.
Bagi pesalah yang mengidap penyakit yang tiada harapan untuk sembuh ,perlaksanaan hukuman sebat tidak boleh ditangguhkaan,namun kaedah perlaksanaanya boleh diringankan mengikut keadaan pesalah.bagi yang mengidap penyakit yang ada harapan untuk sembuh ,hukuman sebat ke atasnya hendaklah ditangguhkan sehingga ia sihat.hukuman sebat hendaklah dijalankan di mana-mana tempat yang boleh disaksikan oleh orang ramai kecuali di dalam masjid.
Di dalam islam ,hukuman sebat boleh di jatuhkan keatas pesalah lelaki mahupun wanita.keadaan pesalah diberi perhatian yang utama sebelum hukuman dijalankan.sesunguhnya hukuman sebat bukanlah bertujuan untuk membawa kemudaratan yang melampau kepada pesalah ,sebaliknya ianya bermaksud untuk memberi pengajaran kepada pesalah dan orang lain dari mengulagi dan melakukan kesalahn yang sama.

Monday, August 17, 2009

sekitar hari istiadat konvo .. 12.8.09




















akhirnya aku gengam segulung ijazah....

Alhamdulilah ,syukur pada 12 .8.2009 (rabu) aku danugerahkan segulung ijazah dari universiti malaya ..... ijazah sarjan muda pendidikan islam(pengajian Al Quran).. diatas kejayaan ini ingin aku ucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa , ahli keluarga,guru2,dan kawan 2...... tidak lupa kepada guru 2 dan kawan2 di sk guar chempedak,sma tafiqiah,sma persekutuan labu... universiti malaya... jasa 2 mu sentiasa aku hargai.. doakan aku menyambung pengajian peringkat sarjana dan PHD .... amin....... "TUNTUTLAH ILMU HINGGA KE LIANG LAHAT"

Monday, August 10, 2009

sudah kah kita lupa...................


asalamualaikom..... kawan muslimin sudah kah kita lupa..... mengenai sahabat2 kita di palastin....
betul kata peribahasa melayu "HAGAT 2 TAHI AYAM" .... sekali sahabat2 diserang baru kita gelabah .... nak buat ni lah nak buat itu lahhh....
lakukan usahan setakat yang mampu... tetapi hendaklah ISTIQAMAH (berterusan)... buatlah apa yang mampu .... yang paling mudah "BOIKOT",selain itu ,kita DOA lah kesejahteraan sahabat2 muslim kita di sana.
sama - sama kita berusah untuk kesejahteran umat islam di seluruh dunia.....AMIN.. " SIKIT 2 LAMA 2 JADI BUKIT"

Monday, July 6, 2009

KENANGAN DI SAM TANJUNG KARANG:

minggu terakhir.......

minggu ke sepuluh :
minggu adalah minggu terakhir aku di SAM TANJUNG KARANG, perasaan aku berbaur perasaan ada sedih,ada gembira........ macam2 la... wah sedihnya aku akan meningalkan bumi tanjung ni... bumi yang banyak kenangan aku bersama kawan2 yang pratikuum di kawsan ini.... aku,zubaid,man naka, daus dan azim.... oh oh kenangan kami buat RP sama2 ,masak sama,pergi jalan 2 sama, pantai sama2 semua peristiwa ini tidak dapat aku lupakan sampai bila2..... tenntang sekolah aku......... wah tak dapat aku lupakan... semua orang di SAM TANJUNG KARANG ,baik2 belaka daripda pentadbirnya,guru2 ,pelajar dan pembantu am rendah semua best2 laaaaaaaaaaaaaa....hehe...pelajar - pelajarnya adala nakal 2 sikit.. biasalah kanak-kanak sedang membesar ... tetapi pelajarnya baik,sopaan ,hormat guru,...yang paling baik suka bemberi salam dan murah dengan senyuman............... wah wah wah baest nyer BERGELAR SEORANG GURU PRATIKUM....
akhirnyer bagi semua WARGA TANJUNG KARANG terimalah pantun ini:
KALAU ADA SUMUR DI LADANG ,
BOLEH LAH KITA TUMPANG MANDI,
KALAU ADA UMUR YANG PANJANG ,
BOLEH LAH KITA BERJUMPA LAGI.
he he he he
SAM TANJUNG KARANG CEMERLANG,GEMILANG DAN TERBILANG...

Thursday, July 2, 2009

hari-hari terakhir bergelar seorang guru pratikum

minggu ke tujuh:
minggu ini memang memenatkan dan sebok, maklumlah sebelum ni belom mula p&p..... wah wah memang mencabar cita-cita aku untuk menjadi guru............ hehe nak sediakan rancangan pengajaran wahhhhhhhhhh letih22 tekanan betol... 1 rancangan pengajaran aku mengambil masa lebih kurang 3 jam......... wah ...tambah2 untuk bahasa arab.
minggu ni utaz faisal mula datang.........wah saat2 yang di tunggu2 telah tiba.. pagi tu ustaz selia daus dulu...... selamat aku,boleh berssedia lagi...aku gajar pqs,secara kesimpulannya ustaz kata baik tapi ada tetapi...........hehe ustaz cadangkan aku kena lebih flasibel,kreatif dan inovatif....hehe tapi apa2 pon kena selia dengan ustaz faisal memang best... dia banyak memberi didikan dan bimbingan yang membina... apa2 pon tak tekanan laaa.minggu ni aku kena selia 2 kali.......... woh ...best nyer
minggu kelapan:
minggu ni tak laaaaaaa letih sangat,, kerana telah biasa menyediakan rancangan pengajaran,penyedian RP tak la susah sangat ,kalau kena cara mudah ja... menggu ni ......... eheeeeeeh tunggu punya tunggu ustaz tak datang selia..... wah wah kecewa akuu.... tak pa aku masih ada masa untuk bersedia
minggu ke sembilan :
minggu ini agak tertekan .......... maklumlah aku dapat berita bahawa semua keputusan untuk LM ni perlu dihantar ... maknanya aku konfom kena selia baki aku lagi dua kali........hehe.... tunggu punya tunggu ustaz tak datang... hehe heeh ustaz kata dia datang minggu deepan... wah jales nyer aku kat kawan2 lain depa habis dah MERDEKA aku terpaksa lah tunggu minggu depan MINGGU TERAKHIR AKU BERGELAR GURU PRATIKUM.untuk diselia oleh ustaz...
tapi yang beast nyer pada minggu ni aku mengadakan aktiviti sukaneka bahasa arab kepada budak tinggkatan 2.... pada kami progrem tu boleh ............ berjaya.. walaupon tak berapa nak berjaya... walauapapon budak2 kami HAPPEY haha...

Sunday, June 21, 2009

pengalaman seorang guru pratikum(sambungan)

minggu ke lima:
minggu ini sekolah mulai cuti............... hu hu best nyer... he hehehe .. tapi aku belom balik kampung sebabnya ................ aku malas nak balik kerana aku ada refleksi di hujung minggu ini iaitu jumaat,sabtu dan ahad.refleksi ? progrem yang wajib di jalan kan kepada kami untuk memenuhi syarat LM sepuluh mingggu........
huhu progrem ni memag best..... kami mengikuti seminar pemikiran islam .banyak maklumat yang aku peroleh. contohnya tentang ahli sunnah wal jamaah . syiah dan wahabi.
kami juga di dedahkan dengan cabaran -cabaran umat islam masa kini.YANG PALING BEST KAMI DAPAT BERJUMPA KEMBALI SAHABAT-SAHABAT setelah 5 minggu bertaburan di muka bumi ALLAH menabur bakti kepada anak bangsa.di sana kami berkongsi pengalam dan cita 2 gelagat seorang guru pelatih.wah wah wah pengalaman ini tidak akan aku lupa sampai bila2.
minggu ke enam :
minggu yang amat ku nantikan ............. wah minggu ni aku balik kampung ,waaaaa sekarang musim buah - buahan .durian ,rambutan telah masak .sedapnyer..... nikmat kurniah ALAH........SYUKUR........ ptg sabtu aku ke KL .. ahad baru ke tanjung karang... TANJUNG KESAYANGAN KU.......... HE HE KITA JUMPA LAGI MINGGU SETERUSNYA

Sunday, May 24, 2009

pengalaman seorang guru pratikum

4 mei (isnin) tarikh keramat bagi aku ,pelajar yang mengambil kursus sarjan muda pendidikan islam ,UM sesi o5/06 kami di wajib kan mengikuti latihan mengajar..........
aku .... gan seorang kawan (firdaus) di tempatakn untuk mengikuti Latihan Mengajar di sebuat sekolah agama di daerah kuala selagor.... aku ditempatkan di SEKOLAH AGAMA MEN.TANJUNG KARANG. wahhhhhhhhh best nyer.
minggu pertama :
minguni aku relax ja ......... jadual hari rabu baru dapat...
pelajar menegah atas(4&5) exam.... minggu ni aku taaruf2 jaaaa
aku di tugas kan mengajar subjek pendidikan Al Quran dan Al Sunnah, bacaan Al Quran dan bahasa arab tingkat dua...........
wah boleh tahan subjek2 nya ... terpaksa aku study balik he he2
tugasan pertama kami agak melucukan...kami ditugaskan kupas betik... haha ha ha tak pa kami dah bersedia...
pentadbir dan guru 2 disini baik2 sangat........ ohhhhhh best nyer gajar di cini
minggu kedua:
minggu exam....... semua pelajar exam. aku relax jeeee ,adalah jaga exam cikit2.......... ada elau lagi tuu, jgn marah....... rezki jgn ditolak musuh jagan di cari..
minggu ketiga :
exam lagi........... aku qajar bacaan Al QURAN hari jumaat
minggu keempat:
aku mula megajar.... aku gajar bahasa arab tingkatan 2 jemaah.wahhh boleh tahan, aku gajar tajuk mubtada' dan khabar.... aku beri 60% aku gajar hari ni...... boleh la.. wlaupon budak cikit2 blear aku cakap arab..
ok skrg minggu keempat .. kita jumpa coretan minggu seterusnya

Tuesday, May 19, 2009

ibu..........................

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku..... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak


Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak.. lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT.....



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:



1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00



Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu".. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.

1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
2-4 orang : Kamu sayang ibumu
5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu

Saturday, April 4, 2009

refleksi subjek multimidia dlm PI

Refleksi 1:

Apakah transformasi yang perlu dilalui oleh seorang guru supaya dapat mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad 21 (Sila baca sendiri apa yang dimaksudkan dengan kemahiran abad 21)?

Menurut bekas perdana menteri Malaysia Tun Dr mahathir bin mohamad ,ciri-ciri generasi yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru akan datang iaitu:kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi),kekuatan minda (krestif dan proaktif),nilai-nilai luhur dan murni (termasuk penyayang),semangat jati diri, jaya diri dan keusahawanan, dan ketrampilan.

Bagi mencapai hasrat tersebut para guru hendaklah melakukan transformasi.antaranya guru hendaklah menguasai subjek (kandungan kurikulum) guru bukan sahaja menguasai bahan yang terdapat didalam bukan teks sahaja tetapi menguasai segala ilmu yang berkaitan dengan tajuk tersebut.guru dapat memberikan pelbagai infomasi dan maklutam kepada pelajar.seterusnya mengalakkan pelajar untuk menterokai tajuk tersebut.

Guru hendaklah mahir dan bertrampilan dalam pedagogi(pengajaran & pembelajaran).guru perlu mempelbagaikan pengunaan kaedah pengajaran contohnya kaedah perbincangan,permainan ,sumbansaran,lakonan dan projek.pengunaan pelbagai kaedah pengajan ini akan menghasilkan pelajar yang berfikir kreatif dan kritis.pada zaman sekarang pengunaan ICT didalam proses p&p adalah paling relevan.pengunaan ICT dapat menghasikan pengajaran yang menarik dan melahirkan pelajar yang mempunyai kekuatan minda kerana pelajar bukan sahaja memperolehi maklumat daripada guru tetapi mereka boleh memperolehi daripada internik dengan mudah.pelajar mengetahui banyak maklumat tentang tajuk yang di pelajari.

Guru juga perlu memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology), antaranya teori perkembangan remaja,kanak-kanak.teori bandura dan max waber.penguasaan psikologi pelajar memudahkan guru untuk membentuk tingkah laku pelajar yang banyak terpegaruh dengan budaya negatif barat.kegagalan guru untuk menguasai teori tersebut akan menyebabkan guru mengambil tandakan yang salah dalam mendidik pelajar.

Transformasi yang terpenting ialah guru mestilah menguasai ilmu bekaitan dengan pengunaan teknologi terkini,hal ini kerana perkembangan teknologi adalah sangat pantas.segala maklumat dan kerja boleh diperolehi dengan pantas dan mudah.guru hendaklah mengunakan teknologi di dalam pengajaran mereka.contoh mengunakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian.guru juga menyimpan data pelajar dengan sistematik.

Didalam mencapai kemahiran abad 21 ,perkara yang sangat penting di tekankan oleh guru adalah pembentukan nilai moral dan sakhsiah.untuk mengatasi cabaran globalisasi ,generasi hari ini hendaklah di persiapkan ilmu pengetahuan agama yang cukup untuk menapis segala maklumat yang diperolehi.kegalan didalam pembentukan nilai moral ini akan rosaklah segala harapan dan hasrat Negara.

Kesimpulan,untuk menghasilkan generasi yang mempunyai kemahiran alaf 21 guru adalah agen perubahan utama.guru adalah memainkan peranan didalam membentuk dan mengasah generasi muda dengan ilmu pengetahuan dan nilai akhlak yang mulia. Tiada guna kita dapat melahirkan generasi yang tinggi tahap pemikiranya tetapi tidak mempunyai nilai moral kerana dia akan mengunakan kepakaranya untuk jalan yang salah seperti merompak.

Refleksi 2:

Ramai yang mengatakan guru-guru tidak menggunakan ICT di sekolah kerana mereka belum bersedia. Sekiranya anda ditempatkan di sekolah Bestari, apakah langkah-langkah yang akan anda lakukan untuk membantu guru-guru lain supaya bersedia untuk membudayakan ICT dan memanfaatkan perkakasan ICT yang ada di sekolah?

Langkah – langkah yang saya akan lakukan untuk membantu guru lain memafaatkan kemudahan ICT iaitu:

1. Saya sendiri akan mengunakan kemudahan ICT secara maksimum didalam proses penganjan dan pembelajaran.contohnya mengunakan power point didalamnya terdapat gambar dan video. Kedua-dua bahan tersebut dapat memudahkan pelajar memahami dan menarik minat pelajar untuk belajar .pelajar merasakan belajar adalah sesuatu yang menyeronokkan seterusnya dapat mengatasi masaalah ponteng kelas.hasil dari perubahan itu guru-guru lain akan mengikuti cara saya iaitu mengunakan ICT didalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Mengadakan bengkal kaedah pengunaan ICT di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.didalam bengkal tersebut guru-guru didedahkan dengan cara asas pengunaan bahan-bahan ICT dan strategi yang boleh di mafaatkan didalam proses pengajaran dan pembelajaran.kebanyakkan guru mahir didalam pengunaan ICT tetapi tidak mengetahui cara untuk di mafaatkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.namun begitu terdapat segelintir guru yang agak lemah didalam pengunaan ICT .didalam bengkal itu juga didedahkah hasil kajian yang menunjukan kelebihan yang diperolehi daripada pengunaan ICT dalam prosess pengajaran dan pembelajaran.

3. Mewujudkan perkongsian pintar antara guru-guru di sekolah yang sama dan guru sekolah lain.rankaian ini boleh di wujudkan melalui blog atau laman web, guru-guru boleh berkongsi maklumat terbaru tentang pengunaan ict.hasil perkongsian tersebut akan meningkatkan kemahiran ICT dikalangan guru-guru ,seterusnya menarik minat mereka untuk mengunakan ICT didalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Refleksi 3:

Apakah ciri-ciri dan kemahiran yang ada pada anda membolehkan anda mengawal proses pembelajaran anda secara atas talian?

Kemahiran yang terdapat kepada saya ialah membina blog.terdapat banyak faedah yang diperolehi daripada blog,guru boleh menyediakan nota,bahan bacaan tambahan,solan-soalan latihan dan penilaian,group blog pelajar dan link-link laman web yang tertentu.

Apakah bahan atau sumber yang perlu disediakan oleh tutor/pensyarah supaya anda boleh mengawal proses pembelajaran anda atas talian?

Pada pendapat saya pensyarah telah menyediakan pengetahuan yang cukup untuk mengawal proses pengajaran dalam talian di sekolah nanti,kami telah belajar membina blog,mengupdit blog,meletakkan laman catting menyediakan link-link dan group blog.

Pada pendapat saya bagi memperhebatkan pengetahuan saya ,pensyarah perlu mengajar kami menghasilkan laman web secara terperinci kerana web adalah salah satu medan yang terbaik boleh digunakan sebagai wadah didalam peroses pengajaran didalam talian.

Apakah perkara-perkara yang perlu dibuat oleh seorang guru untuk membantu murid meningkatkan kawalan proses pembelajarannya secara atas talian?

Guru hendaklah menyediakan nota-nota ,bahan bacaan tambahan dan soalan- soalan penilaian.penyediaan nota lebih awal daripada proses pengajaran membolehkan pelajar membuat persedian seterusnya memudahkanya memahami pelajar.bahan bacaan tambahan membolehkan pelajar mendalami sesuatu topik yang diajar.soalan-soalan yang disediakan membolehkan pelajar menilai penguasaan mereka terhadap sesuatu topik secara atas talian.guru dapat menilai pelajar dengan cepat dan tepat.guru boleh menyedikan laman catting yang mana pelajar boleh terus menyoal guru jika tidak memahami sesuatu topik.pelajar lain juga boleh memberi pendapat terhadap persoalan tersebut, seterusnya melahirkan rangkaian pintar dikalangan pelajar.

Refleksi 4:

Apakah pendapat/persepsi anda apabila diberitahu bahawa anda dikehendaki untuk menyiapkan satu koswer yang menggabungkan semua elemen-elemen multimedia?

persepsi saya apabila diberitahu perlu menghasilkan satu bentuk koswer yang boleh membantu proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan islam ialah menakutkan dan menyeronokan.

Saya rasa menakutkan kerana saya belum pernah menghasilkan koswer dan belum mahir didalam pengunaan ICTsaya juga merasa takut jika tidak mampu menghasilkan satu koswer yang di minta oleh ustaz.

Persepsi yang kedua adalah menyeronokkan kerana saya merasakan akan memperolehi ilmu dan pengalaman yang yang menafaat didalam penghasilan koswer tersebut.selain itu saya akan berkongsi maklumat tentang pengunaan ICT dengan kawan-kawan kerana projek ini dijalankan secara berkumpulan.akhirnya kami dapat menyiapkan sabuah koswer terbukti jangkaan saya,saya memperolehi banyak manafaat daripada menghasilkan koswer tersebut.antara pengalaman yang menarik daripada projek ini ialah kami terpaksa tidur pada jam 3 pagi untuk menyiapkan projek ini.

Pada pendapat anda adakah projek ini akan dapat membantu anda ketika anda menjalani praktikum nanti?

Projek ini amat membantu saya didalam menjalani pratikum di sekolah,saya didedahkan cara pengunaan ICT yang betul didalam prosses pengajaran dan pembelajaran.contohnya power poin, saya boleh memuatkan gambar-gambar,video,audio dan haiperling dan pelbagai efak .pengunaan semua bahan ini secara kreatif akan meningkatan pemahaman dan pengalaman kepada pelajar.seterusnya memudahkan pengajaran saya dan menambah minat pelajar untuk belajar pendidikan islam. Selain itu saya diajar untuk mengunakan move maker,perisian ini boleh di gunakan untuk set induksi kerana boleh menarik perhatian pelajar.

Untuk makluman anda ketika pembentangan projek nanti, rakan-rakan anda yang lain dikehendaki untuk membuat penilaian terhadap anda berasaskan bintang (memberikan jumlah bintang yang bersesuaian dengan produk yang dihasilkan dan pembentangan yang dilakukan)

Soalannya, sekiranya anda fasilitator/tutor kelas ini, adakah anda akan menukar kaedah penilaian tugasan ini?


TIDAK , saya merasakan kaedah ini adalah lebih pratikel kerana pelajar sendiri yang merasai proses pengajan dan pembelajaran ,merekalah lebih mengetahui dan lebih layak untuk menilai berkesan atau tidak koswer tersebut.selain itu,mereka juga telah belajar pelbagai teori mengenai koswer ,seharusnya mereka patut menilai berdasarkan teori-teori yang mereka telah pelajari,namun begitu pensyarah juga perlu menilai kerana beliau adalah lebih berautoriti dan lebih mengetahui.

Refleksi 5:

Pada pendapat saya sukatan didalam kursus ini adalah amat bagus tetapi boleh di tambahkan lagi seperti panduan untuk format komputer dan pengetahuan asas penguanaan komputer. Hal ini kerana saya belum pandai untuk format komputer dan memasukkan perisian

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada ustaz kerana banyak memberi ilmu yang amat berguna kepada saya.sepanjang saya mengikuti kursus ini saya banyak memperolehi informasi tentang pengunaan ICT, saya akan memperaktik apabila saya kesekolah nanti. Wasa’lam................

Friday, March 27, 2009

sekilas pandang

nama diberi muhammad alwi b. matt zahari
berasal dari negeri jelapang padi kedah darul aman
sekarang masih belajar di universiti malaya dalam kursus sarjana muda pendidikan islam
pengkhususan pengajian Al Quran
lani belajaq dah tahun empat
sekolah rendah di sk guar chempedak , sek. men di sma taufiqiah(pondok pak ya) dari tingkatan 1-5 , sambung tingkatan 6 rendah & 6 atas di smap labu...........................
lepas tu kat um laaaaaaaaaaaa
sapa2 kawan lama kat sek lama join la blog saya........
banyak perkara yang anda perolehi...........................
buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajaq,
kalau salah tolong tunjukkan...........
heeeeeeeeeeeeeeee
sekian

Thursday, March 12, 2009

selamat datang

terima kasih .................
terima kasih kerana sudi meyintai blong saya. anda akan memperolehi banyak informasi disini.sekali lagi saya ucapkan terima kasih.